mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE – 4 2019

1.jpg

CELIK IT

Nama : MUHAMMAD FARISH HAIKAL BIN ABDULLAH1.jpg

Umur : 8 Tahun 

Latar belakang

Adik Farish merupakan pelajar tahun 3 SK F Lok Heng Selatan. Pihak sekolah sangat memberi penekanan dalam bidang IT kepada pelajarnya, maka adik Farish rajin datang ke PI pada hujung minggu bagi mengikuti kelas ict. Didaftarkan sebagai ahli PI oleh ibunya supaya boleh mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh PI. Selepas mendaftar adik Farish kerap mengikuti kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Menaip microsft word dengan sangat lambat, perlu meminta bantuan staf PI untuk membuat copy & paste, print, simpan fail dan sebagainya. Tidak menguasai sepenuhnya Microsoft word. Tidak pandai menggunakan trick-trick untuk memudahkan penggunaan Microsoft Office. Jarang menggunakan Microsoft office selain daripada microsft word dan kurang pengetahuan berkenaan keselamatan di laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Adik Farish semakin mahir menggunakan Microsoft office. Adik Farish juga sudah pandai mencari maklumat di internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau kini semakin kerap datang ke PI untuk mengikuti kelas, serta aktiviti-aktiviti PI yang lain, adik Farish sudah boleh membuat editing menggunakan aplikasi online dan sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PI.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

    • – Mempelajari cara mencari maklumat di internet dengan betul.
    • – Mempelajari penggunaan internet dengan bijak dan bertanggungjawab.
    • – Mempelajari cara menggunakan Microsoft dan membuat editing.

USAHAWAN 1

Nama : Siti Nur Syahima Binti Jamaluddin

Umur : 26 Tahun 

Latar belakang

 

 Siti Nur Syahima mempunyai perniagaan menjual perhiasan wanita yang diusaha  sendiri.

– Beliau menjual barangan seperti tudung, pewangi, baju, kasut dan lain-lain lagi.
– Perniagannya bermula sejak awal 2015 sehingga kini.
– Perniagannya bermula daripada rumah dan kini mempunyai kedai sendiri yang di sewa.

– Mula mengikuti kelas di pusat internet pada 2018.
– Bagi beliau tiada istilah terlambat selagi masih mempunyai kudrat untuk mencari ilmu
  pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Hanya mengharapkan pelanggan datang ke kedai.

– Tidak menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya.

– Kurang mahir untuk menghasilkan iklan yang sesuai untuk memasarkan produk.

-Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial.

– Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan.

– Tidak mengetahui peranan PI dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan
  sederhana.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

 

Kini lebih menjadikan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan produknya.

– Beliau semakin banyak menggunakan Fb dan Whatsapp untuk mempromosikan  
 produk di laman sosial.

– Beliau banyak menggunkan software editing yang terdapat di smartphone untuk
  menghasilkan iklan dan gambar yang lebih menarik.

– Beliau juga lebih berkeyakinan untuk mempelbagaikan lagi perniagaannya kerana
  jualannya kini mendapat sambut daripada pihak luar

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

–   Mempelajari cara mempromosikan restorannya melalui FB, Blog,Website dan  
    Instagram.

–   Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan aliran tunai restorannya, pengiraan untung/ 

    rugi dan gaji pekerja.

–   Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan Whatsapp

 

————————————————————————————————————————————————–

USAHAWAN 2

Nama : Pn Norhaida Binti Isa

Umur : 32 Tahun 

Latar belakang

 

– Pn Haida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
– Sangat meminati bidang kecantikan kerana produk kecantikan menjadi trend pada
  kini.
– Mula berjinak-jinak dengan perniagaan online setelah melihat ramai rakan-rakannya
  menjual secara online.

– Walau bagaimanpun beliau masih kekurangan ilmu pengetahuan berkenaan   
  keusahawanan dan mula mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan Pusat Internet.

– Mula rajin mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI kerana setelah banyak
  mengikuti program anjuran PI.

– Bertekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya walaupun bermula dengan
  menjual produk-produk orang lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

– Banyak memasarkan produk kepada rakan serta keluarga terdekat.

– Kurang menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya.

– Kurang mahir untuk menghasilkan iklan yang sesuai untuk memasarkan produk.

– Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial.

– Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan.

– Tidak mengetahui peranan PI dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan
  sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

 

– Kini lebih menjadikan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan produknya.

– Pn Haida semakin banyak menggunakan Fb dan juga ig untuk mempromosikan
  produknya dilaman sosial.

– Pn Haida banyak menggunkan software editing yang terdapat di smartphone untuk
  menghasilkan iklan dan gambar yang lebih menarik.

– Beliau juga lebih berkeyakinan untuk mempelbagaikan lagi perniagaannya kerana
  jualannya kini mendapat sambut daripada pihak luar.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

–  Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram.

–  Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

 – Mempelajari cara mengambil order melalui FB