MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT INTERNET DAN WIFI KOMUNITI
Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, maka Pusat Internet (PI) dan WIFI Komuniti (WK) akan ditutup sepanjang tempoh PKP bagi memastikan kawalan pergerakan di seluruh negara diperketatkan. Keputusan untuk menutup PI dan WK adalah sejajar dengan PKP yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Komuniti dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta menjaga kesihatan masing-masing dengan menghadkan pergerakan dan sentiasa berada di rumah disepanjang tempoh berkenaan.
Sokongan dan kerjasama berterusan anda untuk memerangi penyebaran Covid-19 amat dihargai.
Sebarang urusan penting boleh menghubungi talian 011-65377536 (En. Azizi) atau 013-7946323 (En. Syahmi). Harap maklum.

