mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-1 2021

Bella3.jpg

CELIK IT

Nama : Mohamad Alif Fahmi Bin FitriBella3.jpg

Umur : 12 Tahun 

Latar belakang

Adik Alif merupakan pelajar tahun 5 SK Felda Lok Heng Selatan. Aktif di sekolah dah terpilih sebagai pengawas digital. Rajin datang ke PIK apabila cuti sekolah kerana ingin mengikuti kelas ict. Didaftarkan sebagai ahli PIK oleh ibunya supaya boleh mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh PIK. Selepas mendaftar adik Alif kerap mengikuti kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Tidak pandai menggunakan sebarang Microsoft Office.Sering meminta staf PIK untuk mencarikan maklumat berkenaan kerja sekolah. Agak lambat bila menaip. Tidak pandai menggunakan trick-trick untuk memudahkan penggunaan Microsoft Office. Tidak mempunyai sebarang laman social. Lebih gemar melayari youtube dan laman-laman hiburan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Adik Alif semakin mahir menggunakan Microsoft office. Adik Alif juga sudah pandai mencari maklumat di internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau kini semakin kerap datang ke PI untuk mengikuti kelas, serta aktiviti-aktiviti PI yang lain. Menggunakan laman sosial dengan lebih berhati hati bagi mengelakan diri daripada menjadi mangsa penipuan internet.

Apa yang dipelajari melalui PIK

– Mempelajari cara mencari maklumat di internet dengan betul.
– Mempelajari penggunaan internet dengan bijak dan bertanggungjawab.
– Mempelajari cara menggunakan Microsoft dan membuat editing.

 

USAHAWAN 1

Nama : PN Nabila Bt Abd Samad

Umur : 39 Tahun 

 

Latar belakang

– Selepas banyak mengikuti aktiviti dan program keusahawanan daripada PIK,
  Pn Nabila semakin mahir menggunakan media sosial untuk memasarkan
  produknya.

– Beliau banyak belajar cara untuk mengiklankan produknya dengan lebih kemas
  dan menarik melalui penghasilan poster-poster produk yang terkini.

– Beliau jugak mencipta group-group perniagaan di facebook, wahtsapp dan
  telegram untuk memudahkan lagi pelanggannya melihat produk yang dihasilkan
  beliau dan juga usahawan-usahawan dalam komuniti yang lain. .

– Pn Nabila juga membawa ushawan-usahwan yang baru berkecimpung dalam
  aktiviti keusahawanan mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PIK.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

– Pn Nabila tidak pandai menggunakan canva untuk menbuat poster bagi tujuan
  pengiklanan  produknya.

– Pn Nabila hanya memuat naik gambar produk secara terus ke media social tanpa
  mengedit terlebih dahulu.


– Pn Nabila tidak pernah membuat video pendek untuk mempromoasikan produknya.


– Selain daripada itu, media sosial merupakan alat yang sering digunakan oleh orang
  ramai pada masa kini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

–  Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan
   keusahawanan yang disediakan oleh pihak PIK, beliau kini menjadikan media
   sosial untuk mempromosikan produknya.


–  Pn Nabila mendapati penggunaan media sosial merupakan satu medium yang
   terbaik untuk beliau memasarkan produknya kerana ianya lebih efisien serta tidak     memerlukan kos yang besar.

–  Pn Nabila banyak menggunakan facebook dan juga instargram sebagai platform
   untukmempromosikan produk beliau kerana dua laman sosial ini menjadi
   kegemaranpengguna pada masa sekarang.


–  Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil
   pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan
   produknya.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet PIK

–   Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan
    Instagram.

–   Mempelajari cara membuat poster pengiklanan produk menggunakan canva

–   Mempelajari cara menyunting video iklan produk.

 

USAHAWAN 2

Nama : Pn Rohaiezan Binti Abd Moin

Umur : 45 Tahun 

Latar belakang

– Pn Rohaiezan merupakan seorang wanita yang sangat gemar mencari pendapatan
  sampingan selain daripada pendapatan tetapnya.

– Perlaksanaan pkp telah banyak mengubah landskap ekonomi negara dan turut
  memberi kesan kepada Pn Rohaiezan.

– Mula berjinak-jinak dengan perniagaan online setelah melihat keadaan ekonomi
  yang semakin mencabar akibat daripada pkp.

– Walau bagaimanpun beliau masih kekurangan ilmu pengetahuan berkenaan   
  keusahawanan dan mula mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan Pusat Internet.

– Mula rajin mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PIK kerana kelas yang dianjurkan
  oleh PIK lebih murah berbanding dengan kelas diluar..

– Bertekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya walaupun bermula secara
  kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

– Banyak memasarkan produk kepada rakan serta keluarga terdekat.

– Kurang menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya.

– Kurang mahir untuk menghasilkan iklan yang sesuai untuk memasarkan produk.

– Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial.

– Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan.

– Tidak mengetahui peranan PIK dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan
  sederhana.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

– Kini lebih menjadikan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan
  produknya.

– Pn Rohaiezan semakin banyak menggunakan Fb dan juga ig untuk
  mempromosikan produknya dilaman sosial.

– Pn Rohaiezan banyak menggunkan software editing yang terdapat di smartphone
  untuk menghasilkan iklan dan gambar yang lebih menarik.

– Beliau banyak menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PIK dang sering
  mempromosikan PIK kepada rakan-rakan usahawan yang lain.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

–   Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan
    Instagram.

–   Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan
    untung/ rugi

–   Mempelajari cara mengambil order melalui FB