mcmc
Maklumat PI

Maklumat PEDi

Pusat Internet
Pusat Internet
               BANGUNAN PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA LOK HENG SELATAN  
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) atau sebelumnya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Felda Lok Heng Selatan merupakan sebuah perkampungan Felda di Gugusan Lok Heng di Daerah Kota Tinggi, Johor di bawah Mukim Sedili Kechil. Jarak Felda Lok Heng Selatan ke Bandar Kota Tinggi adalah sejauh 47 kilometer. Pusat Internet Felda Lok Heng Selatan ditempatkan di sebuah Bangunan GPW Felda Lok Heng Selatan yang bersebelahan dengan Sekolah Literasi dan Sekolah Qiraati untuk penduduk Felda Lok Heng Selatan sahaja. Pusat Internet mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2009
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PEDi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
 
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
 
~ E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
~ E-Pembelajaran (e-Learning)
~ E-Dagang (e-Commerce)
~ Pengumpulan dan pertukaran maklumat
~ Pusat Komunikasi
~ Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
~ Pusat peperiksaan dan persijilan.