mcmc
Sejarah

Sejarah

Nama Kota Tinggi terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Menurut sejarah, nama Kota Tinggi diberikan oleh Sultan Mahmud kerana lokasinya yang lebih tinggi daripada aras sungai. Menurut cerita orang orang tua, Tanjung Sedili sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Lembu yang mana ia telah diteroka oleh beberapa orang yang tidak diketahui asalusulnya. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Pada masa kepimpinan Haji Esa bin Abdullah, mulai tahun 80-an, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasmi. Menurut pendapat pula, asal-usul nama Sedili Kechil dan Sedili Besar berasal daripada nama 2 orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Menurut cerita, mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing.

Maka, terciptalah nama Sedili Besar dan Sedili Kechil. Felda Lok Heng Selatan pada awalnya merupakan kawasan ladang Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Barat yang mana kebanyakan kawasannya tidak ekonomik, rendah dan berpaya. Namun ia telah dipulihkan dan dibangunkan untuk membina perkampungan baru iaitu Felda Lok Heng Selatan. Felda Lok Heng Selatan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1986 untuk peneroka peringkat 01 dan tahun 1987 untuk peneroka peringkat 02 yang berjumlah 372 orang peneroka baharu.