JKKR Felda Lok Heng Selatan ditubuhkan pada tahun 1986 yang berperanan untuk memastikan kemajuan dan keselamatan di Felda Lok HengSelatan terjamin. Ianya merangkumi bidang-bidang seperti menaiktaraf kemudahan asas dan kemudahan awam, pendapaian pendidikan, kecemerlangan ekonomi dan intergrasi sosial.
Kesemua kampung kampung dalam Gugusan Felda Lok Heng, Felda Kampung Sungai Mas, Felda Papan Timur, Felda Bukit Waha, Felda Simpang Waha, dan Felda Bukit Aping adalah di bawah pentadbiran sebuah jawatankuasa induk yang dipanggil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lok Heng-Aping-Waha (LAW).
Peranan LAW adalah menyelaras segala permasalahan dan aktiviti melibatkan kesemua kampung-kampung dalam Gugusan Felda Lok Heng.