mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Felda Lok Heng Selatan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang siap sepenuhnya sehingga tahun 1988 termasuk sebuah pejabat Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA), 19 buah rumah kakitangan, 371 buah rumah peneroka, sebuah sekolah agama, sebuah balai raya, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, sebuah sekolah rendah termasuk rumah guru, sebuah tadika, sebuah padang awam, jalan tar dan gerai lima pintu termasuk bekalan air yang siap disalurkan pada tahun ayng sama. Bekalan elektrik, talian telefon, perpustakaan desa dan Pejabat Koperasi disiapkan sepenuhnya di antara tahun 1992 hingga 2001. Seterusnya, kemudahan asas di Felda Lok Heng Selatan semakin dipertambah dengan wujudnya Hentian Bas Felda Lok Heng Selatan dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lok Heng Selatan.