CELIK IT
Nama : Aidid Imani Bin Sofian
Umur : 14 Tahun
Latar belakang
Adik Aidid merupakan seorang pelajar tingkatan dua yang sangat meminati teknologi ict. Dirumah beliau dibekalkan peralatan komputer serta gadjet oleh bapanya agar sentiasa tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi. Akan tetapi pengetahuannya berkenaan teknologi masih lagi kurang kerana beliau hanya mempelajari sesuatu hanya melalui media massa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya adik Aidid Imani datang ke PI hanya untuk menggunkan internet sahaja. Setelah melihat rakan-rakannya ada yang mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau terus mendaftar untuk mengikuti kursus terbabit. Adik Aidid Imani mengikuti kelas komputer yang dianjurkan kerana ingin menambahkan lagi pengetahuannya berkenaan dgn teknologi komputer dan sebagainya. Adik Aidid mendapati skill komputer yang dimilikinya masih lagi rendah dan beliau ingin meningkatkan lagi pengetahuannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, adik Aidid semakin pandai menggunakan Microsoft office dan powerpoint. Adik Aidid juga sudah boleh membuat editing, animation dan sebagainya. Setiap kelas yang dihadiri oleh adik Aidid juga turut diselitkan dengan aktiviti public speaking sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan diri untuk berucap dikhalayak ramai.
————————————————————————————————————————————————-
USAHAWAN 1
Nama : En Mohamad Ashik Bin Hasan
Umur : 31 Tahun
Latar belakang
Perniagaan berasaskan pertanian bukanlah satu bidang perniagaan yang popular dikalangan anak muda pada masa kini. Akan tetapi tidak bagi En Ashik yang mengusahakan perniagaan bersaskan pertanian. En Ashik melihat pertanian merupakan salah satu bidang yang boleh mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan kepada pengusahanya. Berbekalkan sebidang tanah yang dimilikinya, beliau menyahut cabaran untuk menjadi seorang petani moden yang berjaya dan mampu membina empayar standing dengan petani-petani moden yang lain. Oleh kerana perniagaan pada masa kini banyak menggunakan teknologi yang serba moden, En Ashik perlu melengkapkan diri beliau dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan teknologi dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, En Ashik memasarkan produk pertaniaannya melalui rakan- rakan terdekat sahaja. Beliau turut menghantar produk keluarannya ke kedai runcit yang terdapat disekitar kawasan kampung. Akan tetapi beliau mendapati penggunaan media sosial sebagai medium untuk beliau memasarkan produknya adalah lebih efisien kerana ianya tidak memerlukan kos yang besar selain daripada media sosial merupakan alat yang sering digunakan oleh orang ramai pada masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. En Ashik banyak menggunakan facebook dan juga instargram sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau kerana dua laman sosial ini menjadi kegemaran pengguna pada masa sekarang. Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan produknya.
————————————————————————————————————————————————-
USAHAWAN 2
Nama : Nurasyikin Binti Sabri & Masliana Binti Sabri
Umur : 28 dan 30 Tahun
Latar belakang
Cik Syikin dan Kakaknya Cik Masliana, merupakan adik-beradik yang meminati bidang pembuatan donut dan popia, beliau bermula pada tahun 2015. Perniagaan beliau hanya bermula dari rumah sahaja.
Pada permulaannya, Cik Syikin dan Kakaknya Cik Masliana memulakan perniagaan donut dan popia, beliau melalui tempahan-tempahan yang dibuat oleh rakan-rakan terdekat sahaja. Disebabkan permintaan yang semakin menggalakkan daripada pelanggan, beliau mula mencari platform baru untuk meluaskan serta meningkatkan lagi pasaran produk donut dan popia beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan produk beliau pada mulanya hanya tertumpu kepada rakan-rakan terdekat serta masyarakat setempat sahaja. Disamping itu juga beliau banyak menerima tempahan melalui majli-majlis seperti majlis tahlil, kenduri kahwin dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kursus yang dijalankan oleh pihak PI, beliau mula menjadikan laman social sebagai platform untuk beliau mengembangkan lagi pasaran produk beliau. Cik Syikin dan Kakaknya Cik Masliana, banyak menggunakan facebook dan Instagram sebagai hub untuk mempromosi produknya. Di PI juga beliau diajar tentang asas-asas penjualan secara atas talian serta asas-asas menggunakan mricrosoft untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam bidang perniagaan.