mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-3 2017

CELIK IT

Nama : Nor Hakim Bin Ali

Umur : 16 Tahun 

Latar belakang

Adik Hakim merupakan seorang pelajar yang sangat aktif diluar dan juga didalam sekolah. Oleh kerana beliau banyak mengikuti program-program disekitar kampung dan juga di sekolah, beliau dapati beliau perlu banyak menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasnya. Jadi beliau perlu belajar perkara yang berkaitan dengan teknologi kerana ia merupakan satu keperluan bagi dirinya. Oleh itu adik Hakim mengambil keputusan untuk mengikuti kelas computer yang dianjurkan oleh pihak PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaanya, adik Hakim hanya bertanya kepada rakan-rakannya tentang cara menggunakan program-program yang terdapat dalam komputer Setelah melihat rakan-rakannya ada yang mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau terus mendaftar untuk mengikuti kursus terbabit. Adik Hakim mengikuti kelas komputer yang dianjurkan kerana ingin menambahkan lagi pengetahuannya berkenaan dgn teknologi komputer dan sebagainya. Oleh kerana banyak tugasan yang dibuatnya memerlukan penggunaan computer, maka adik Hakim merasakan dia perlu belajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan penggunaan teknologi ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, adik Hakim semakin mahir menggunakan Microsoft office. Adik Hakim juga sudah boleh membuat editing, animation dan sebagainya. Oleh kerana adik Hakim merupakan seorang pelajar yang aktif disekolah, beliau kini semakin kerap datang ke PI untuk membuat kerja-kerja sekolah, membuat surat-menyurat, mengikuti aktiviti-aktiviti PI dan sebagainya.

 

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 1

Nama : Pn Nabila Binti Abd Samad

Umur : 30 Tahun

Latar belakang

Setelah hampir 8 tahun berkecimpung dalam bidang masakan dan makanan, Pn Nabila mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Beliau memilih untuk meneruskan minatnya dalam bidang makanan dengan menawarkan perkhidmatan & membekalkan produk makanan.Berbekalkan pengalaman bekerja selama 8 tahun sebagai Pengurus makanan segera serta berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang Food & Service Management, ianya banyak membantu Pn Nabila dalam usaha memajukan lagi perniagaannya. Walaubagaimana pun beliau masih perlu meningkatkan lagi pengetahuannya berkenaan dengan ict kerana perniagaan pada hari ini banyak menggunakan ict sebagai platform untuk mempromosikan produk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti kebanyakkan usahawan-usahawan baru yang baru mula berkecimpung dalam bidang perniagaan, rakan terdekat serta keluarga merupakan pengguna yang akan menjadi sasaran Pn Nabila. Apabila produknya mula mendapat sambutan beliau memerlukan satu platform baru untuk mengetengahkan lagi produk beliau kepada pengguna. Pn Nabila mendapati penggunaan media sosial merupakan satu yang terbaik medium untuk beliau memasarkan produknya kerana ianya lebih efisien serta tidak memerlukan kos yang besar. Selain daripada itu, media sosial merupakan alat yang sering digunakan oleh orang ramai pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. Pn Nabila banyak menggunakan facebook dan juga instargram sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau kerana dua laman sosial ini menjadi kegemaran pengguna pada masa sekarang. Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan produknya.

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 2

Nama : Pn Harniza Binti Hashim

Umur : 43 Tahun

Latar belakang

Pn Hanis merupakan seorang wanita yang sangat meminati bidang masakan khususnya dalam pembuatan Kuih-Kuih, Frozen, Kerepek dan Doorgift. Disebabkan  minat yang mendalam terhadap bidang tersebut,beliau mengambil keputusan untuk cuba mengkomersialkan kebolehannya membuat Kuih-Kuih, Frozen, Kerepek dan Doorgift, bagi mencari pendapatan sampingan. Pada permulaannya, Pn Hanis memulakan perniagaan beliau melalui tempahan-tempahan yang dibuat oleh rakan-rakan terdekat sahaja. Disebabkan permintaan yang semakin menggalakkan daripada pelanggan, beliau mula mencari platform baru untuk meluaskan serta meningkatkan lagi pasaran produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penjualan produk beliau pada mulanya hanya tertumpu kepada rakan-rakan terdekat serta masyarakat setempat sahaja. Disamping itu juga beliau banyak menerima tempahan melalui majli-majlis seperti majlis tahlil, kenduri kahwin dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus yang dijalankan oleh pihak PI, beliau mula menjadikan laman social sebagai platform untuk beliau mengembangkan lagi pasaran produk beliau. Pn Hanis banyak menggunakan facebook dan Instagram sebagai hub untuk mempromosi produknya. Di PI juga beliau diajar tentang asas-asas penjualan secara atas talian serta asas-asas menggunakan mricrosoft untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam bidang perniagaan.