mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-4 2017

CELIK IT

Nama : Siti Maimunah Binti Ali

Umur : 54 Tahun 

Latar belakang

Pn Maimunah merupakan seorang warga emas yang langsung tidak pandai menggunakan komputer atau digelar buta it. Kebanyakan warga emas diluar bandar beranggapan usia mereka sudah tidak sesuai untuk mempelajari perkara yang berkaitan dengan ict. Beliau akan meminta anak-anaknya melakukan bagi pihaknya sekiranya beliau ingin membuat kerja-kerja yang perlu menggunakan ict. Perasaan malu juga menjadi antara penyebab mengapa beliau tidak pandai menggunakan komputer dan peralatan teknologi-teknologi yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, Pn Maimunah tidak pernah dan pandai langsung menggunakan komputer. Akan tetapi, beliau rajin mengikuti anaknya datang ke program-program yang dianjurkan oleh pihak pi1m. Oleh kerana banyak input yang beliau perolehi semasa mengikuti program-program di PI, beliau merasakan beliau perlu belajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan penggunaan teknologi ICT. Bagi beliau usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu menimba ilmu pengetahuan apatah lagi beliau juga merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan produk berasaskan makanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, Pn Maimunah semakin mahir menggunakan Microsoft office. Pn Maimunah juga sudah boleh menaip keyboard dengan lebih laju. Beliau kini semakin kerap datang ke PI untuk mengikuti kelas, serta aktiviti-aktiviti PI yang lain. Pn Maimunah jugak sudah tidak malu untuk mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan ict kerana ianya telah menjadi satu keperluan untuk dirinya.

 

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 1

Nama : En Mohamad Ashik Bin Hasan

Umur : 31 Tahun

Latar belakang

Pn Arbaiyah merupakan seorang tukang bekam, beliau sudah menjalankan perkhidmatan bekam ini sudah hampir 10 tahun. Perkhidmatan bekam ini hanya tertumpu dirumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Medium yang Pn Arbaiyah gunakan pada awal perniagaan, hanyala dari mulut ke mulut, dan juga flyers yang dihantar melalui rumah ke rumah. Selepas menyerdari kepentingan ICT, beliau mula mempelajari sedikit demi sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. Pn Arbaiyah banyak menggunakan facebook sebagai platform untuk mempromosikan prerkhidmatan beliau kerana dua laman sosial ini menjadi kegemaran pengguna pada masa sekarang. Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya.

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 2

Nama : Pn Maimunah Binti Ali

Umur : 53 Tahun

Latar belakang

Pn Maimunah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai bakat dalam bidang masakan. Minat beliau dalam bidang masakan menyebabkannya mula berjinak-jinak dalam perniagaan produk makanan. Sedikit sebanyak perniagaan yang dijalankan beliau tersebut dapat membantu menambahkan lagi pendapatannya. Walaubagaimana pun, penguasaan beliau dalam bidang ict sangat mendukacitakan kerana beliau langsung tidak pandai menggunakan komputer. Sedangkan perniagaan pada hari ini banyak menggunakan ict sebagai platform untuk mempromosikan produk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Pn Maimunah memasarkan perniagaannya dengan mensasarkan rakan- rakan terdekat sebagai pelanggannya. Apabila produknya mula mendapat sambutan beliau memerlukan satu platform baru untuk mengetengahkan lagi produk beliau kepada pengguna. Pn Maimunah mendapati penggunaan media sosial merupakan satu  medium terbaik untuk beliau memasarkan produknya kerana ianya lebih efisien serta tidak memerlukan kos yang besar. Maka beliau menggunakan akaun media sosial anaknya untuk mempromosikan produknya kerana media sosial juga merupakan alat yang sering digunakan oleh orang ramai pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. Pn Maimunah banyak menggunakan facebook dan juga portal MyShop sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau kerana dua laman sosial ini menjadi kegemaran pengguna pada masa sekarang. Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan produknya.