Sebuah pertubuhan belia atas nama Belia Sinar Murni Cawangan Felda Lok Heng Selatan telah ditubuhkan di bawah Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk memebri pendidikan, motivasi, membangunkan dan memajukan belia-belia di sini dalam pelbagai pendedahan projek-projek ekonomi yang boleh dibangunkan dengan penyertaan lebih 20% belia belia seperti ternakan cacing dan lintah. Terdapat seramai 40 orang ahli yang terlibat dalam ternakan ayam, daging dan tanaman ubi kayu. Pengerusi yang bertanggungjawab ialah Rohaizan bin Yusuf.