mcmc
Maklumat Setempat

CIPTA LEBIH BANYAK KANDUNGAN YANG MEMBERI SUARA KEPADA ISU KEMANUSIAN

280559284_5329604050412580_7693334442219482775_n.jpg

Rakyat Malaysia memang baik dan pemurah. ​

Asalkan ada orang yang memerlukan, berderu bantuan yang datang. Peniaga kecil-kecilan pun diserbu akibat perniagaan mereka di“viral”kan oleh netizen.​

Kita juga murah hati dalam memberikan sokongan moral kepada mereka yang membuka ruang peribadi dan berkongsi pengalaman hidup.​

Kandungan mengenai pengalaman kehidupan yang mengutarakan sifat kemanusiaan akan lebih memberi kesan kepada audiens dan seterusnya menggalakkan tindakan yang positif dan produktif.​

Kerjasama atau kolaborasi dengan orang lain membolehkan sesuatu tujuan itu dicapai dengan cepat dan mudah kerana kita semua mempunyai kelebihan masing-masing yang saling melengkapi.​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

280559284_5329604050412580_7693334442219482775_n.jpg