Penduduk Felda Lok Heng Selatan mendapatkan rawatan kesihatan dan rawatan pesakit luar di Klinik Kerajaan Lok Heng sejauh kirakira 25 minit dari kampung ini. Purata rawatan yang dijalani oleh penduduk di sini adalah 33 rawatan penyakit darah tinggi, 17 rawatan penyakit kencing manis, 2 rawatan sakit jantung, 1 rawatan penyakit barah dan 1 penyakit buah pinggang manakala terdapat 24% daripada jumlah penduduk-penduduk yang dirawat adalah tergolong dalam kategori obesiti.
Aktiviti aktiviti kesihatan berkala anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) diadakan termasuk JRobik yang diadakan setiap petang, ceramah kesihatan 4 kali setahun dan kempen kesihatan 2 kali setahun selain daripada berkunjung dari rumah ke rumah untuk pemeriksaan kesihatan bagi ibu mengandung.