mcmc
Maklumat Setempat

KIRAAN DETIK PENAMATAN RANGKAIAN 3G PADA 31 DISEMBER 2021

265266465_4863619577011032_1516987962785185334_n.jpg
Rangkaian 3G akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021, maka bertukarlah kepada rangkaian 4G bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.
Dengan peralihan kepada rangkaian 4G, kualiti perkhidmatan yang diterima adalah lebih baik seperti kelajuan melayari internet yang lebih tinggi, kadar latensi yang lebih rendah, rangkaian yang stabil dan peningkatan kualiti pengalaman pengguna.