mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-1 2017

CELIK IT

Nama : Mohd Fariz Muzaffar Bin Azmi

Umur : 10 Tahun 

Latar belakang

En Azmi merupakan seorang ayah yang sangat mementingkan pendidikan terhadap anak-anaknya.Selain daripada cemerlang di dalam pelajaran, en. Azmi juga ingin pengetahuan anak-anaknya berkenaan ICT sentiasa seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh itu beliau sering menghantar anaknya Faris Muzaffar menghadiri kelas-kelas yang dibuat oleh PI Felda Lok Heng Selatan. Adik Faris Muzaffar merupakan antara pelajar yang paling rajin mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya adik Faris Muzaffar datang ke PI untuk membuat kerja sekolah sahaja. Oleh kerana masih banyak perkara berkenaan komputer yang tidak dikuasai oleh adik Faris Muzaffar, maka pihak PI mengesyorkan agar adik Faris Muzaffar mengikuti kelas komputer yang dibuat oelh pihak PI. Malah bapanya en. Azmi turut sentiasa menyokong anak beliau untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT dengan menghantar anaknya setiap kali kelas diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, adik Faris Muzaffar semakin pandai menggunakan Microsoft office dan powerpoint. Adik Faris Muzaffar juga sudah boleh membuat asas editing tanpa menggunakan software editing. Setiap kelas yang dihadiri oleh adik Faris Muzaffar juga turut diselitkan dengan aktiviti public speaking sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan diri untuk berucap dikhalayak ramai.

 

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 1

Nama : Juita Binti Rosli

Umur : 28 Tahun

Latar belakang

Cik Juita merupakan seorang yang meminati bidang pembuatan kek dan manisan, beliau bermula pada tahun 2016. Perniagaan beliau hanya bermula dari rumah sahaja.

Pada permulaannya, Cik Juita memulakan perniagaan kek dan manisan  beliau melalui tempahan-tempahan yang dibuat oleh rakan-rakan terdekat sahaja. Disebabkan permintaan yang semakin menggalakkan daripada pelanggan, beliau mula mencari platform baru untuk meluaskan serta meningkatkan lagi pasaran produk kek dan manisan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penjualan produk beliau pada mulanya hanya tertumpu kepada rakan-rakan terdekat serta masyarakat setempat sahaja. Disamping itu juga beliau banyak menerima tempahan melalui majli-majlis seperti majlis tahlil, kenduri kahwin dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus yang dijalankan oleh pihak PI, beliau mula menjadikan laman social sebagai platform untuk beliau mengembangkan lagi pasaran produk beliau. Cik Juita banyak menggunakan facebook dan Instagram sebagai hub untuk mempromosi produknya. Di PI juga beliau diajar tentang asas-asas penjualan secara atas talian serta asas-asas menggunakan mricrosoft untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam bidang perniagaan.

————————————————————————————————————————————————-

USAHAWAN 

Nama : Rosnani Binti Suheman

Umur : 31 Tahun

Latar belakang

Perniagaan berasaskan makanan merupakan salah satu daripada perniagaan yang sangat menguntungkan selain daripada perniagaan barangan wanita. Perniagaan ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana secara realitinya manusia memerlukan makanan untuk terus hidup. Oleh yang demikian, Pn Rosnani mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan bakery dan dessert kerana permintaan terhadap produk bakery dan juga dessert sangat tinggi terutamanya di majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis di hotel dan sebagainya. Disebabkan startegi pemasaran produk pada masa kini banyak tertumpu kepada media social, maka PN. Rosnani mengambil keputusan untuk mengikuti kelas usahawan yang dibuat oleh PI Felda Lok Heng Selatan bagi mempertingkatkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, Pn. Rosnani lebih banyak berniaga melalui kawan-kawannya kerana kesukaran untuk mendapatkan pelanggan. Setelah beliau membuka gerainya sendiri, Pn Rosnani banyak menggunakan media sosial sebagai medium untuk beliau memasarkan produknya kerana ianya tidak memerlukan kos yang besar selain daripada media sosial merupakan alat yang sering digunakan oleh orang ramai pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. Pn Rosnani banyak menggunakan facebook dan juga instargram sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau kerana dua laman sosial ini menjadi kegemaran pengguna pada masa sekarang. Dengan adanya strategi pasaran baru ni ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan produknya.