mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-1 2018

CELIK IT

Nama : SYAFIQRY SAFAWIE

Umur : 13 Tahun 

Latar belakang

Adik Syafiqry merupakan seorang pelajar SMK Lokman Hakim berumur 13 tahun, Merupakan cucu kepada ketua kampung Felda Lok Heng Selatan.Sering datang ke Pusat Internet FLHS kerana datuknya selalu berurusan di Pusat Internet FLHS. Didaftarkan sebagai ahli PI oleh ibunya supaya boleh mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh Pusat Internet FLHS. Selepas mendaftar adik Syafiqry kerap mengikuti kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet FLHS.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Tidak pandai menggunakan sebarang Microsoft Office. Sering meminta staf Pusat Internet FLHS untuk mencarikan maklumat berkenaan kerja sekolah. Agak lambat bila menaip. Tidak pandai menggunakan trick-trick untuk memudahkan penggunaan Microsoft Office. Tidak mempunyai sebarang laman social. Lebih gemar melayari youtube dan laman-laman hiburan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Adik Syafiqry semakin mahir menggunakan Microsoft office. Adik Syafiqry juga sudah pandai mencari maklumat di internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau kini semakin kerap datang ke Pusat Internet FLHS untuk mengikuti kelas, serta aktiviti-aktiviti Pusat Internet FLHS yang lain. Adik Syafiqry jugak kerap membawa adiknya datang ke Pusat Internet FLHS untuk mengikuti aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet FLHS agar adiknya jugak celik IT sepertinya. Menggunakan laman sosial dengan lebih berhati-hati bagi mengelakan diri daripada menjadi mangsa penipuan internet.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara mencari maklumat di internet dengan betul.
– Mempelajari penggunaan internet dengan bijak dan bertanggungjawab.
– Mempelajari cara menggunakan Microsoft dan membuat editing.

 

————————————————————————————————————————————————–

USAHAWAN 1

Nama : Siti Norlela

Umur : 31 Tahun 

Latar belakang

Pn Norlela merupakan anak kepada seorang peneroka Felda Lok Heng Timur. Mempunyai latar belakang pendidikan sehingga stpm. Mempunyai bakat dan minat yang tinggi dalam bidang masakan. Berkahwin dengan anak tempatan dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Menetap di Felda Lok Heng Barat sebagai suri rumah memudahkannya lagi untuk bergiat aktif dalam bidang masakan. Mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ushawan kerana sangat kreatif dalam mempelbagaikan produk-produk keluarannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Rakan terdekat serta keluarga merupakan pengguna yang akan menjadi sasaran Pn Norlela untuk memasarkan produknya. Kurang menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya. Kurang mahir menggunakan Microsoft Office. Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial. Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan. Tidak mengetahui peranan Pusat Internet FLHS dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet FLHS, beliau kini menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Ianya secara tidak langsung telah dapat membantu beliau memperkenalkan produknya kepada pengguna secara lebih meluas. Pn Norlela banyak menggunakan facebook dan juga instargram sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau. Ia telah mula menambah hasil pendapatan perniagaannnya disamping meningkatkan lagi jumlah jualan produknya.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB

————————————————————————————————————————————————–

USAHAWAN 2

Nama : Dzulkeflee Bin Hussin

Umur : 28 Tahun 

Latar belakang

Encik Dzulkeflee merupakan seorang pereka grafik bebas, kini beliau telah menambah perkhidmatan terbarunya iaitu menjual cenderahati “fridge magnet”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

” Ahli Aktif”

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Dengan berbekalkan pengalaman sebagai pereka grafik bebas, encik dzulkeflee sudah tahu sedikit sebanyak selok belok asas perniagaan, marketing dan posting. Walaupun bisnes cenderahati ini masih baru, beliau berharap jenama ini dapat dikenali diseluruh Malaysia.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB