mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-2 2018

CELIK IT

Nama : MUHAMMAD IRWAN HAKIMIE BIN KHAIRULNIZAM

Umur : 12 Tahun 

Latar belakang

Adik Irwan Hakimie merupakan seorang pelajar SK F Lok Heng Selatan.Sangat meminati gadjet tetapi kurang mahir menggunakan komputer. Sering datang ke PI untuk menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian Frog Vle. Didaftarkan sebagai ahli PI oleh ibunya supaya boleh mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh PI. Selepas mendaftar adik Irwan Hakimie kerap mengikuti kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Tidak pandai menggunakan sebarang Microsoft Office.Sering meminta staf PI untuk mencarikan maklumat berkenaan kerja sekolah. Agak lambat bila menaip. Tidak pandai menggunakan trick-trick untuk memudahkan penggunaan Microsoft Office. Tidak mempunyai sebarang laman social. Lebih gemar melayari youtube dan laman-laman hiburan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Adik Irwan Hakimie semakin mahir menggunakan Microsoft office. Adik Irwan Hakimie juga sudah pandai mencari maklumat di internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau kini semakin kerap datang ke PI untuk mengikuti kelas, serta aktiviti-aktiviti PI yang lain. Menggunakan laman sosial dengan lebih berhati hati bagi mengelakan diri daripada menjadi mangsa penipuan internet. Sering munggunakan pi untuk menggunakan pembelajaran atas talian Frog VLE.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara mencari maklumat di internet dengan betul.
– Mempelajari penggunaan internet dengan bijak dan bertanggungjawab.
– Mempelajari cara menggunakan Microsoft dan membuat editing.

 

USAHAWAN 1

Nama : Nurul Alya Feleysia Guuk

Umur : 35 Tahun 

Latar belakang

Pn Sahida merupakan seorang isteri kepada pengusaha warung roti canai. Sentiasa mencari idea untuk menambah pendapatan sampingan. Membantu suami berniaga di warung untuk mencari pendapatan sampingan. Kerana banyak masa terluang beliau sering mencari peluang untuk menambah ilmu keusahawanan dengan mula mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan Pusat Internet. Bagi beliau tiada istilah terlambat selagi masih mempunyai kudrat untuk mencari ilmu  pengetahuan. Bertekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya walaupun bermula dengan menjual produk-produk orang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Rakan terdekat serta keluarga merupakan pengguna yang akan menjadi sasaran Pn Nurul Alya Feleysia Guuk untuk memasarkan produknya. Kurang menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya. Kurang mahir menggunakan Microsoft Office. Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial. Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan. Tidak mengetahui peranan PI dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini mula menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Nurul Alya Feleysia Guuk juga menempah logo serta membuat sticker produk melalui PI. Beliau juga telah membuat akaun gmail untuk perniagaan Sumayyah Food & Services bagi memudahkannya berurusan dengan pelanggan beliau.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB

————————————————————————————————————————————————–

USAHAWAN 2

Nama : Wan Marshela

Umur : 31 Tahun 

Latar belakang

Pn Wan Marshela merupakan anak kepada seorang usahawan Felda Lok Heng Barat. Mempunyai latar belakang pendidikan sehingga stpm. Mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah menetap di Perak selama hampir dua tahun. Membantu ibunya menguruskan perniagaan sejuk beku selepas menetap di kampung. Mula bergiat aktif untuk mengembangkan lagi perniagaan ibunya dengan menubuhkan Santun Enterprise disamping mempelbagaikan lagi produk-produk keluarannya. Mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ushawan kerana sangat kreatif dalam mempelbagaikan produk-produk keluarannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Rakan terdekat serta keluarga merupakan pengguna yang akan menjadi sasaran Pn Wan Marshela untuk memasarkan produknya. Kurang menggunakan media sosial dalam memasarkan produknya. Kurang mahir menggunakan Microsoft Office. Tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk di laman sosial. Teknik mengambil gambar produk yang agak ketinggalan. Tidak mengetahui peranan PI dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet FLHS

Melalui latihan dan bimbingan hasil daripada menghadiri kelas latihan keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI, beliau kini mula menjadikan media sosial untuk mempromosikan produknya. Pn Wan Marshela mula membuat Fb page untuk perniagaan Santun Enterprise. Pn Wan Marshela juga menempah logo serta membuat sticker produk melalui PI. Beliau juga telah membuat akaun gmail untuk perniagaan Santun Enterprise bagi memudahkannya berurusan dengan pelanggan beliau.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet FLHS

– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB