Felda Lok Heng Selatan telah dilengkapi dengan kemudahan pendidikan untuk pelajar seawal 3 tahun hingga 17 tahun. Anak-anak peneroka di sini mendapat pendidikan di Literasi dan Qiraati bagi umur di bawah 6 tahun, Sekolah Tadika Felda Lok Heng Selatan bagi 6 tahun, Sekolah Kebangsaan Lok Heng Selatan bagi 7-12 tahun dan SMK Lokman Hakim bagi 13-17 tahun.
Tambahan lagi, anakanak peneroka juga boleh menyambung pengajian di IPTS berhampiran seperti di INSTEDT, Kolej Mara, dan Kolej Komuniti yang terletak di Bandar Penawar.