
Pusat Internet 1 Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Felda Lok Heng Selatan merupakan sebuah perkampungan Felda di Gugusan Lok Heng di Daerah Kota Tinggi, Johor di bawah Mukim Sedili Kechil. Jarak Felda Lok Heng Selatan ke Bandar Kota Tinggi adalah sejauh 47 kilometer. PI1M Felda Lok Heng Selatan ditempatkan di sebuah Bangunan GPW Felda Lok Heng Selatan yang bersebelahan dengan Sekolah Literasi dan Sekolah Qiraati untuk penduduk Felda Lok Heng Selatan sahaja. PI1M mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2009
RUANG DALAMAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA LOK HENG SELATAN 2009
RUANG DALAMAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA LOK HENG SELATAN 2016















