Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Lok Heng Selatan mempunyai seramai 371 akli serta mempunyai pejabatnya sendiri yang terletak di sebelah bangunan Perpustakaan Desa Tengku Mahkota Felda Lok Heng Selatan.
Pengerusi GPW, Puan Hawa Binti Kadiman bertanggungjawab menyatukan kesemua pergerakan wanita di sini dalam pelbagai aktiviti rutin seperti kelas kraf tangan, kelas agama dari rumah ke rumah dan sebagainya. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dari segi penyediakan jamuan pada majlis besar Felda Lok Heng Selatan.